Peningkatan sebanyak 57% kes penderaan dalam tempoh PKP

Peningkatan sebanyak 57% kes penderaan dalam tempoh PKP

Rasa sempit sangat sangat dada ni bila dapat tahu makin banyak kes penderaan berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni berjalan.

Rupa-rupanya perkhidmatan Talian Kasih dah terima hampir 2000 panggilan berkait dengan isu kanak kanak dan penderaan domestik sejak 2 minggu lalu.

Peningkatan sebanyak 57% dalam masa 14 hari saja!

Kalau ikutkan apa yang diberitahu oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), hampir semua kes tu berlaku berpunca dari perasaan panik dan tekanan yang berlaku dalam keluarga sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Bila satu keluarga banyak berkurung dalam rumah, mata pencarian terjejas, simpanan menyusut, memang akan beri effect yang teruk pada emosi emak dan ayah.

Tak pasal pasal anak kecil yang tak berdaya jadi tempat melepaskan tekanan.

Anak salah sikit, kena tengking!

Anak silap sikit, kena balun!

Rumah bersepah sikit, anak kena kurung!

Sekiranya berulang setiap hari, kita risau tamat tempoh PKP ni akan ada ramai anak anak yang terjejas kesihatan fizikal dan rosak emosinya.

Mak ayah yang lemah kawalan emosi ditakuti mereka akan mengalami stres yang kronik kalau benda ni dibiarkan berterusan.

Anak yang selalu didera pulak biasanya hilang rasa selamat, rasa diri kurang disayangi, jadi terlampau rendah diri dan paling kita bimbang mereka nanti jadi sangat susah nak dibentuk dan dikawal.

Akhirnya mangsa keadaan ni semua berubah jadi makin pendiam dan kurang kreatif sebab trauma yang teruk.

Jika kita tak cegah segera, anak yang rosak emosinya suatu hari nanti berpotensi jadi perosak emosi adik beradik dan kawan-kawan di sekelilingnya!

Kawan-kawan,

Masalah kesihatan mental wajib ambil serius dan kita semua kena main peranan sama-sama.

Perhatikan jiran-jiran sekeliling.

Duduk dekat rumah sekalipun bukan bermakna kita kena jadi orang yang pentingkan diri dan tak hirau langsung apa yang berlaku pada keluarga di sebelah.

Siapa tahu keprihatinan kita mampu menyelamatkan nyawa dan masa depan kanak kanak yang didera.

Sekiranya kalian sendiri memerlukan bantuan kaunseling atau nak laporkan mana mana kes penderaan, segeralah berhubung dengan nombor Talian Kasih – 15999.

Tolong ya.

#Kongsikan info ni pada seramai mungkin yang berada dekat luar sana. Mudah-mudahan kes penderaan kanak kanak ni dapat kita banteras dan lebih banyak keluarga yang dapat diselamatkan.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber fb