Umum sedia maklum bahawa kualiti burger yang dijual di dalam stadium sering kali mengecewakan pengunjung,
Terutamanya apabila harga yang dikenakan tidak sepadan dengan makanan yang diterima.
Baru-baru ini, seorang gadis dari Terengganu berkongsi pengalamannya membeli burger di dalam stadium.
Apa yang mengejutkannya ialah penjual hanya meletakkan sebahagian kecil burger ayam di antara roti burger,
bukannya sekeping burger penuh seperti yang dijual di gerai-gerai biasa.
Hantaran video TikTok mengenai kejadian tersebut mendapat perhatian warganet.
Ramai yang terkejut apabila melihat pembeli hanya menerima ‘secubit’ daging burger sahaja.
Netizen berpendapat ini adalah burger paling menipu yang pernah mereka lihat dijual di kawasan stadium.
Dalam pada itu, ramai yang meminta pengunjung stadium memboikot peniaga burger di stadium kerana sering kali menipu para pembeli.
BACA: Bekas Menteri pengangkutan kecewa dengan ‘AirAsia’, rasa macam bodoh kena ‘sidai’