Peniaga di Lembah Klang kembali bernyawa, tarik nafas lega

Peniaga

Peniaga di Lembah Klang kembali bernyawa, tarik nafas lega.Sebahagian besar peniaga meluahkan rasa lega dan gembira susulan pe­ralihan Lembah Klang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin.

Golongan peniaga menyifatkan berita gembira tersebut me­rupakan satu ‘rahmat’ besar selepas sekian lama menanggung kerugian akibat Covid-19 sejak setahun lalu.

Seorang peniaga, Akmir Kamal Kamrul Akta, 28, berkata, dia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung peralihan fasa membabitkan kawasan di Lembah Klang.

“Bagi peniaga kecil-kecilan seperti saya, sudah tentunya ia satu berita yang sangat mengembirakan. Ini kerana, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan saya agak terjejas dan terpaksa menanggung kerugian dalam tempoh tersebut.

Peniaga

“Perniagaan saya bergantung kepada orang yang bekerja di kawasan ini dan ketika tempoh PKP kebanyakan mereka tidak bekerja di pejabat. Jadi, ia sedikit sebanyak membebankan perniagaan saya,” kata peniaga minuman soya berhampiran pusat beli-belah Suria KLCC, di sini kelmarin.

Sementara itu, peniaga makanan, Umi Nor Muhammad, 37, berkata, peralihan fasa tersebut dapat menyuntik semangat untuk mencari rezeki dan dapat menanggung semula kos kerugian sebelum ini.

“Hari ini (kelmarin) merupakan hari pertama saya berniaga selepas sekian lama tidak berniaga. Sebelum ini, saya tidak dapat meneruskan perniagaan hingga terpaksa menanggung kerugian setiap hari.

“Sebelum Covid-19 melanda, saya boleh mencapai keuntu­ngan sehingga RM400 sehari, namun ketika PKP, keuntungan tidak sampai RM100 sehari. Jadi, saya terpaksa tutup perniagaan sementara.

“Saya melihat orang ramai mula mengambil peluang beriadah di ibu kota, ia secara tidak langsung memberi petunjuk baik untuk saya mula berniaga,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/03/peniaga-lembah-klang-luah-rasa-lega/

BACA: Artikel fitnah : Harakah mohon maaf kepada Mujahid

COMMENTS

Wordpress (0)