Pengurusan sistematik dan profesional, EZ Qurban terima Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia

Pengurusan sistematik dan profesional, EZ Qurban terima Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia

Pengurusan sistematik dan profesional, EZ Qurban terima Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia. Kualiti perkhidmatan EZ Qurban Sdn Bhd (EZQ) yang menguruskan pelaksanaan program korban dan akikah secara sistematik serta profesional di banyak negara melayakkannya terus diiktiraf organisasi terkenal dunia.

Terbaharu, EZQ menerima Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia (World Halal Best Brands e-Branding Awards) yang diperoleh daripada The BrandLaureate untuk kategori perkhidmatan Korban dan Akikah, baru-baru ini.

Untuk rekod, pengiktirafan itu menjadi keutamaan jenama halal dalam perniagaan e-dagang ketika wabak pandemik Covid-19 belum pulih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif EZQ Ahmad Fadzlullah Hassan berkata, EZQ yang ditubuhkan pada 2007 dengan misi perlaksanaan kembara korban di Kemboja adalah antara yang terawal di luar negara dalam memperkenalkan khidmat rangkaian pengurusan ini.

EZ Qurban

Menurutnya, kini, EZQ sudah memperluaskan khidmatnya ke 35 negara di dunia dengan memiliki pengalaman selama 15 tahun.

“Kejayaan berganda diperolehi EZQ adalah apabila menerima anugerah Malaysia Book Of Records (MBR) selama tiga tahun berturut-turut dari tahun 2017 hingga 2019 dengan jumlah penyertaan terbesar dalam Program Korban dengan rekod 64,792 peserta mendaftar.

“Pada tahun sama, EZQ turut tercacat sebagai Organisasi Akikah & Korban yang pertama menerima MS ISO 9001:2015 dalam kategori pengurusan sistem kualiti dalam skop pengurusan akikah dan korban,” katanya.

Ahmad Fadzlullah berkata, perjalanan EZQ bukan setakat melaksanakan solusi perkhidmatan korban sahaja malah program akikah turut tersenarai dalam rekod MBR apabila Program Akikah Luar Negara berjaya merekodkan jumlah penyertaan terbesar pada tahun 2018 iaitu sejumlah 4009 penyertaan.

“Ketiga-tiga anugerah berprestij itu diterima pada awal 2020 dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara. EZQ turut menerima penganugerahan jenama terkenal Jabir Ibn Hayyan yang mana anugerah ini diundi secara dalam talian oleh rakyat Malaysia anjuran Majlis Dakwah Negara pada 7 Januari 2020,” katanya.

Katanya, semua anugerah berprestij diperolehi itu menunjukkan komitmen tinggi pengurusan EZQ dalam melaksanakan perkhidmatan menerusi amanah dan tanggungjawab diberikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Fadzlullah berkata, menjelang proses perlaksanaan korban tahun ini EZQ mengambil pendekatan pengurusan efektif dan profesional dengan melantik syarikat trustee pemegang amanah yang diiktiraf Bank Negara iaitu Awaris Sdn Bhd bagi membuat audit pembayaran dari akaun peserta pelaksanaan korban untuk mengekalkan kestabilan jenama dan perkhidmatan profesional EZQ.

Untuk rekod, EZQ sudah menerima lima anugerah berprestij yang diktiraf dunia bermula dari tahun 2017 dalam melaksanakan perkhidmatan pengurusan di beberapa negara umumnya.

Untuk mendaftar atau pertanyaan berkenaan perkhidmatan korban boleh layari www.ezqurban.org atau hubungi talian 03-61861911.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/726499/ezq-gondol-anugerah-jenama-halal-terbaik-dunia

Jika Anda terlepas: Langgar SOP : Polis mulakan siasatan, Mahfuz beri kerjasama penuh