Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala setelah dihentak dengan tukul besi oleh pelanggan

Penghantar makanan terima 9 jahitan di kepala setelah dihentak dengan tukul besi oleh pelanggan

Seorang penghantar makanan cedera di kepala selepas dihentak menggunakan penukul besi oleh seorang lelaki ketika menghantar makanan di sebuah pangsapuri di Bayan lepas, semalam.

Memetik laporan Kosmo Online, akibat daripada hentakan tersebut, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menerima sembilan jahitan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.10 petang di perkarangan pangsapuri itu tercetus akibat pertengkaran mulut dengan suami pelanggan.

”Kejadian berlaku akibat suspek tuduh mangsa memarahi isterinya kerana lambat ambil makanan yang dipesan.

”Akibat pertengkaran itu, suspek didakwa memukul mangsa dengan penukul besi sehingga cedera pada kepala dan menerima sembilan jahitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Soffian berkata, pihak polis yang menerima laporan telah menahan suspek ditahan kira-kira pukul 11.15 malam tadi di rumahnya di pangsapuri itu.

Polis turut merampas senjata yang digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berita penuh : https://siakapkeli.my/2021/04/22/kepala-terima-9-jahitan-penghantar-makanan-cedera-dipercayai-suami-pelanggan-pukul-guna-tukul-besi/?