Penggunaan pil viagra meningkat waktu lockdown

Penggunaan pil viagra meningkat waktu lockdown

Penggunaan pil viagra meningkat waktu lockdown

Lebih ramai lelaki di Britain yang berumur melebihi 80 tahun, termasuk seorang datuk berusia 102 tahun mengambil pil Viagra sepanjang pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 bagi menambah baik kehidupan seksual, lapor akhbar The Sun semalam.

Bagi tahun lepas sahaja, sebanyak 180,000 preskripsi pil seperti Viagra diberikan kepada lelaki yang berusia dalam lingkungan 80-an, manakala hampir 5,000 biji lagi diambil oleh mereka yang berusia 90-an.

Data dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) itu turut menunjukkan bahawa pil Viagra turut digunakan oleh lelaki berusia 99, 100 dan 101 tahun.

Ini sekali gus menyumbang kepada statistik peningkatan jumlah preskripsi pil berkaitan masalah ereksi yang meningkat sebanyak 42 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Secara keseluruhan, sebanyak 4.4 juta preskripsi seumpama itu telah diberikan pada tahun lepas yang bernilai £21.3 juta (RM122.9 juta).

“Saya tidak terkejut melihat ramai lelaki yang berumur lebih 80 tahun menggunakan Viagra untuk mengekalkan kehidupan seksual yang normal.

“Dalam dunia yang dipenuhi dengan perkara-perkara berkaitan seksual ini, warga emas berada dalam keadaan tertekan untuk mengikuti trend semasa,” kata seorang profesor sosiologi dari Universiti Kent, Frank Furedi.

Data NHS itu adalah termasuk semua preskripsi yang dikeluarkan oleh para pengamal perubatan am di England bagi membantu pesakit menangani masalah ereksi.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/26/lelaki-berusia-lebih-80-tahun-paling-ramai-ambil-viagra-semasa-lockdown/