Pengguna terkejut aplikasi TnG eWallet dibuang dari Apple store

Pengguna terkejut aplikasi TnG eWallet dibuang dari Apple store.Salah satu e-dompet terbesar Malaysia, TnG eWallet, mengalami satu masalah iaitu APP perkhidmatan mereka telah dibuang daripada Apple App Store. Sehingga hari ini masih tiada kenyataan rasmi berkenaan kenapakah ia dikeluarkan sama ada daripada pihak Apple ataupun daripada TnG Digital diterbitkan kepada awam.

Yang menariknya, isu yang sama tidak melanda TnG eWallet versi Android.

Sehinggalah terdapat kenyataan rasmi daripada pihak yang terlibat, kami hanya boleh menspekulasikan 2 sebab yang memungkinkan APP ini dikeluarkan daripada APP Store.

Sebab #1: Fungsi tambah nilai kad fizikal Touch ‘n Go melalui NFC

Fungsi ini adalah yang terbaharu diperkenalkan TnG eWallet sebelum ia dibuang daripada AppStore. Kebetulan pula, kami ada baru-baru ini yang Apple menghadapi pertuduhan antipersaingan di Eropah kerana tidak membenarkan pihak ketiga menggunakan cip NFC iPhone untuk pembayaran tanpa sentuh.

Nampak seperti munasabah, tapi kami rasakan kemungkinan ini agak tipis.

Hal ini kerana, fungsi menambah nilai kad fizikal menggunakan NFC pada iPhone sudahpun ada di pasaran lain. Misalnya kad Octopus di Hong Kong menggunakan cara hampir sama dengan TnG eWallet.

Sebab #2: Servis pinjaman peribadi GoPinjam

Pengguna terkejut aplikasi TnG eWallet dibuang dari Apple store
Fungsi besar kedua yang dilancarkan selepas fungsi tambah nilai tadi adalah GoPinjam. Ia adalah kemudahan pinjaman peribadi yang membolehkan pengguna meminjam sehingga RM10 ribu daripada CIMB EZI-Tunai.

Kami rasakan yang ini adalah kemungkinan paling tinggi. Kami menjumpai satu utusan di forum lain berkaitan APP yang menawarkan servis hampir serupa yang tidak diluluskan untuk disenaraikan di dalam App Store.

Pembangun APP itu berkongsikan yang sebab APP-nya tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi garis panduan Apple.

Guideline 3.2.1(viii) of the App Store Review Guidelines requires that any app offering financial services must be submitted by the financial institution performing such services. Therefore, apps that offer loan or credit applications from multiple third-party financial institutions cannot be made available on the App Store. – sumber

Walaupun CIMB mempunyai pegangan di dalam TnG Digital, Apple mungkin melihatnya sebagai pihak ketiga.

Kami sudahpun menghubungi TnG Digital untuk maklum balas nampun masih belum menerima apa-apa berita daripada pihak sana. Buat masa ini, pengguna di iOS nampaknya tidak boleh mengemas kini APP mereka terutamanya untuk menampal pepijat ataupun kerentanan.

 

BACA:

Kakitangan kerajaan dibenar kerja dari rumah selama seminggu selepas Aidilfitri

Bayaran bantuan musim tengkujuh 2022 khas untuk rakyat Malaysia

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)