Pengerusi PH Perak dipilih jadi Senator Dewan Negara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai Ahli Dewan Negara.
Usul pemilihan Ahli Dewan Negara itu dibawa oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad
Cadangan itu yang kemudian disokong oleh Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja) sempena Sidang DUN Perak, pada Khamis.
Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudiannya mengumumkan Mujahid sebagai Ahli Dewan Negara selepas menjadi calon tunggal.
Mujahid yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Dalam pada itu pada persidangan DUN Perak kali ini sebanyak empat usul diluluskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023, RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, Meminda Perenggan (b) Fasal (1) Perkara (38) XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia.
Sidang DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula Isnin dengan Sesi Soalan Lisan, pembentangan dan perbahasan usul-usul serta meluluskan usul berkenaan.
Seramai 58 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir sepanjang persidangan kecuali ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kerana berada di Jepun.
BACA:
Jual cekodok sebiji 10 sen je tapi mampu sara 10 orang anak, ini rahsia kejayaan Pak Mail
Kenapa duit Amerika kuat gila sekarang? Ini yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu