Pengasas Taliban mulakan rundingan bentuk kerajaan lebih inklusif

Pengasas

Pengasas Taliban mulakan rundingan bentuk kerajaan lebih inklusif.Pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, tiba di Kabul hari ini bagi membincangkan mengenai penubuhan kerajaan inklusif baru di Afghanistan.

Pemimpin kanan Taliban lain turut kelihatan di ibu negara termasuk Khalil Haqqani iaitu antara pengganas paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS) dengan ganjaran AS$5 juta (RM21.2 juta) bagi sesiapa yang berjaya membunuhnya.

Media sosial pro-Taliban menunjukkan Haqqani bertemu Gulbuddin Hekmatyar iaitu bekas pesaingnya semasa perang saudara yang kejam pada awal 1990-an, tetapi masih berpengaruh dalam politik Afghanistan.

Seorang pegawai kanan Taliban memberitahu AFP bahawa Baradar akan bertemu dengan pemimpin dan ahli politik pergerakan pejuang lain untuk penubuhan pemerintah yang inklusif.

Pengasas
Baradar, yang tiba di Afghanistan Selasa lalu dari Qatar, memilih untuk turun di Kandahar, kota kedua terbesar di negara itu, yang juga tempat kelahiran Taliban.

Tidak lama kemudian, kumpulan itu mengumumkan pentadbirannya kali ini akan jauh berbeza dengan mengutamakan hak wanita dan pendidikan golongan itu.

Taliban menegaskan mereka mahu pemerintahan yang inklusif dan menyatakan sedikit perincian mengenai siapa yang akan menyertainya.

Semalam, Khalil Haqqani, bapa saudara timbalan pemimpin Taliban, Sirajuddin Haqqani, dilihat memimpin solat di sebuah masjid di Kabul.

Pemimpin utama lain di bawah rangkaian Haqqani ialah Anas Haqqani yang kini sudah berada di ibu negara dan bertemu dengan bekas presiden, Hamid Karzai dan Abdullah Abdullah, yang memimpin proses damai keseluruhan untuk pentadbiran sebelum ini.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/854247/pengasas-bersama-taliban-tiba-di-kabul-untuk-rundingan

BACA: Membimbangkan! Majoriti kes BID tak tahu dirinya dijangkiti Covid-19