Pada tahun lepas, Bulan Bintang menerima kritikan daripada pembeli yang meragui kualiti baju melayu yang dihasilkan,
walaupun pengiklanan jenama tersebut mendapat pujian tetapi hasilnya dianggap tidak memuaskan.
Dalam usaha untuk memberikan jawapan kepada kritikan tersebut, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, mengambil inisiatif
Dengan menjemput sembilan individu ke sesi ‘Private Viewing’ untuk melihat sendiri koleksi Baju Melayu Bulan Bintang 2024.
Azzim menekankan bahawa tetamu yang diundang adalah dari kalangan pembeli, bekas pembeli, dan juga individu yang bukan peminat jenama tersebut.
‘Check’ sendiri kualiti baju anda, pengasas Bulan Bintang ajak netizen kenali jenis kain
Beliau berkata, “Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ini. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot).”
Dalam sesi tersebut, para tetamu diberi kebebasan untuk mengambil dan memeriksa kotak baju di rak, membolehkan mereka melakukan pemeriksaan kualiti secara sendiri.
Azzim menyatakan bahawa tujuan sesi ini adalah untuk memberi kebebasan kepada individu-individu tersebut untuk memeriksa kualiti produk sehingga mereka puas hati.
Azzim turut berkongsi, “Kalau tak buat macam ini, risau netizen kata aku hanya promosi barang-barang yang elok, pre selected dan dah rancang sahaja.”
Dalam menanggapi maklum balas, Azzim meluahkan rasa syukur dan lega kerana hampir 99 peratus daripada tetamu memberikan maklum balas yang positif terhadap Baju Melayu Bulan Bintang 2024.
“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa tetamu yang hadir sangat puas dengan kualiti kain baru, jahitan yang semakin halus, dan fitur-fitur baru yang diperkenalkan untuk koleksi tahun 2024. Beberapa dari mereka turut membuat pembelian sebanyak 2 hingga 3 pasang baju melayu sekaligus.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio