Pengarah nafi kes Zina di pusat kuarantin Kelantan

Pengarah nafi kes Zina di pusat kuarantin Kelantan

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kelantan hari ini menafikan laporan sebuah portal berita stesen televisyen tempatan yang mendakwa berlaku kegiatan vandalisme dan zina di situ.

Pengarahnya, Dr Mohd Azman Yacob, berkata laporan berkenaan tidak benar sama sekali kerana kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di tempat terbabit sejak ia beroperasi.

Menurutnya, PKRC yang dibuka setakat ini mengasingkan penghuni mengikut jantina justeru laporan yang dikeluarkan itu sangat sensitif kerana memberi kesan negatif kepada masyarakat.

“Pihak stesen televisyen berkenaan tidak sepatutnya melaporkan berita seperti itu kerana kita khuatir orang ramai akan takut untuk ke PKRC walaupun positif Covid-19.

“Sekarang kita sedang berperang dengan Covid-19 selain memujuk masyarakat supaya masuk ke PKRC sebaik disahkan positif wabak berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melawat PKRC Dewan Jubli Perak di Kota Bharu, hari ini.

“Kami tidak mahu penyiaran berita seperti itu kerana boleh mengganggu urusan kami memutuskan rantaian COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat PKRC Dewan Jubli Perak, di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, portal stesen televisyen swasta itu mendakwa berlaku vandalisme serta masalah sosial termasuk penghuni melakukan zina di PKRC Kelantan.

Bagaimanapun malam tadi portal Astro Awani mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas laporan berkenaan.

Azman berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku itu tidak membabitkan PKRC sebaliknya di stesen kuarantin yang menempatkan kontak rapat pesakit positif Covid-19 serta pesalah yang baru keluar penjara

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/576353