Penganjuran Majlis Berbuka Puasa, Buffet Ramadan dibenarkan – Menteri

kompaun

Kerajaan bersetuju membenarkan penganjuran majlis berbuka puasa termasuk buffet Ramadan di hotel, restoran dan lain-lain premis makanan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), bilangan kehadiran pengunjung di kawasan PKPB adalah 50% daripada keluasan tempat ataupun mengikut 50% daripada kapasiti sebenar.

Manakala, bagi kawasan PKPP, kehadiran dibenarkan 100% tetapi mesti mempunyai penjarakan sosial seperti di majlis-majlis lain di kawasan PKPP.

”Sidang Khas bersetuju untuk membenarkan penganjuran majlis berbuka puasa, seperti kita tahu banyak kementerian, syarikat yang menganjurkan majlis berbuka puasa dan kita bersetuju untuk membenarkan begitu juga dengan buffet Ramadan di hotel, restoran dan lain-lain premis makanan dengan SOP yang ketat.

”Mengenai bilangan kehadiran di kawasan PKPB dan juga PKPP jika buffet Ramadan maka kita membenarkan dengan syarat ianya ada penjarakan sosial di antara pengunjung yang makan dan juga SOP tentang kedudukan meja 2 meter jarak yang perlu dipatuhi.

”Untuk majlis berbuka puasa sama ada dibuat di pejabat di dalam dewan dan sebagainya, di kawasan PKPB seperti biasa 50% daripada keluasan tempat ataupun mengikut 50% daripada kapasiti sebenar.

”Manakala di kawasan PKPP, 100% tetapi mesti mempunyai penjarakan sosial seperti di majlis-majlis lain di kawasan PKPP,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis berbuka puasa, orang ramai boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai panduan.

Berita Penuh :https://siakapkeli.my/2021/04/12/penganjuran-majlis-berbuka-puasa-termasuk-buffet-ramadan-dibenarkan-ismail-sabri/

COMMENTS

Wordpress (0)