Penerbangan Ke Malaysia Dibatalkan, Rakyat Malaysia Terkandas di India

Penerbangan Ke Malaysia Dibatalkan, Rakyat Malaysia Terkandas di India

Lebih 60 rakyat Malaysia di India yang terkandas sejak 13 Mac di Tamil Nadu telah bertindak menyerbu Lapangan Terbang Tiruchirappalli selepas dikatakan tidak puas hati dengan layanan pihak penguatkuasa lapangan terbang.

Dalam satu klip video yang ditularkan sejak petang tadi, mendapati mereka melakukan bantahan dengan duduk di pintu masuk lapangan terbang selepas syarikat penerbangan menggantung penerbangan ke Kuala Lumpur akibat penularan wabak Covid-19.

“Kami 10 orang sepatutnya pergi esok. Tetapi, kenapa mereka batalkan (penerbangan) sekarang?” Soal salah seorang individu dalam video tersebut.

Bagaimanapun, seorang pegawai dari lapanagan terbang itu memberi maklum balas bahawa pihaknya tidak tahu berkenaan pembatalan penerbangan kerana keputusan diambil oleh di kerajaan Malaysia.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/515196