Penduduk luar bandar kesal peruntukan kerajaan lalui terlalu banyak tapisan

Biarpun ada pelbagai jenis bentuk bantuan dan peruntukan yang besar bagi membantu golongan masyarakat luar bandar dalam mengembangkan perniagaan dan meneruskan kelangsungan hidup.

Ia belum tentu dapat dimanfaat oleh golongan yang memerlukan sekiranya terlalu banyak syarat dari segi tapisan kelayakan.

Bagi pemimpin akar umbi di luar bandar, syarat yang terlalu ketat hanya lebih merumitkan keadaan dan kesudahannya tidak meringankan beban penduduk yang dalam kesempitan.

Ketua Kaum Kawasan Kemuyang, Abang Mohammad Abang Jes berkata, masih ada kekangan walaupun penduduk kampung mempunyai banyak peluang untuk memanfaat bantuan kerajaan.

Penduduk luar bandar kesal peruntukan kerajaan lalui terlalu banyak tapisan

Bagi pemimpin akar umbi di luar bandar, syarat yang terlalu ketat hanya lebih merumitkan keadaan dan kesudahannya tidak meringankan beban penduduk yang dalam kesempitan.

“Peluang memang banyak untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Malah, agensi-agensi kerajaan juga telah mengeluarkan banyak peruntukan dan tawaran seperti mesin dan bantuan lain-lain.

“Tetapi saya minta maaflah, kadang-kadang untuk meminta bantuan mendapatkan mesin, syaratnya mesti kalau di kawasan Majlis Perbandaran, mesti dibuat di luar dari rumah.

“Mesti ada tempat proses dan sebagainya dan ini adalah antara kekangan kepada mereka ini untuk mendapatkan bantuan kerana mereka ini hanya peniaga kecil-kecilan sahaja dan tidak menepati syarat yang diinginkan,” ujarnya dalam segmen Dialog Tiga Penjuru di saluran Astro AWANI pada Khamis.

Sementara itu, Mantan Ketua Kampung Bawah, Padang Mat Sirat, Langkawi, Yusof Abdullah berharap supaya kerajaan tidak terlampau bertapis dalam menyediakan bantuan tersebut.

“Kita mengharapkan agensi kerajaan janganlah bertapis sangat, kalau dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) memang saya berterima kasih sangat kepada Perdana Menteri.

“Pembentangan yang jelas, teratur dan sempurna tetapi itulah pembentangan setiap kali Rancangan Malaysia sebelum-sebelum ini.

“Orang kampung ini dia suka tonton televisyen, suka sembang di kedai kopi, dan mereka dengar perbualan di mana-mana sahaja apa yang dicakap oleh pemimpin.

“Tetapi sampai tidak, itu yang dia ingin tengok. Memang kita kena akui bahawa licinnya dalam kertas kerja RMK tidak sama seperti pelaksanaannya di lapangan. Itu kena akui, terlalu ditapis,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Majdan Jamain menjelaskan bahawa agensi kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk semua, tetapi ia perlu lebih bertumpu supaya ia tidak disia-siakan.

“Agensi ini sebenarnya ada bajet untuk diberikan kepada masyarakat supaya menjadi satu punca pendapatan.

“Kita ini kalau nak bagi orang makanan atau pun ikan, kita tidak bagi dia ikan, kita bagi dia pancing. Jadi, usahalah sendiri, carilah sendiri.

“Jadi, hari ini apa yang saya nampak kerajaan harus fokus cara penambahkan bagi pelabur-pelabur untuk datang ke kawasan tertentu yang begitu layak dibina industri.

“Ia supaya kawasan itu masyarakatnya ada ruang dan peluang untuk bekerja mencari pendapatan,” jelas Majdan dalam program Dialog Tiga Penjuru.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peruntukan-kerajaan-banyak-tetapi-banyak-sangat-tapisan-dibuat-penduduk-luar-bandar-322820

BACA JUGA : Panas !!! Umno dan Bersatu mula capai jalan perdamaian dalam senyap?

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Penduduk luar bandar kesal peruntukan kerajaan lalui terlalu banyak tapisan […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Penduduk luar bandar kesal peruntukan kerajaan lalui terlalu banyak tapisan […]