Penduduk di Terengganu rayu agar isu bekalan air selesai segera

Penduduk di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu merayu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) agar segera menyelesaikan masalah bekalan air yang menjejaskan 28,700 pengguna.

Tanpa menuding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak, pengguna berharap masalah yang membebankan mereka itu akan berakhir dalam masa terdekat.

“Saya ini boleh dikira warga emas, saya baru sahaja menjalani pembedahan di kaki jadi saya tidak boleh angkat baldi yang berat.

Penduduk di Terengganu rayu agar isu bekalan air selesai segera

Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos. 

“Tetapi saya terpaksa lakukannya, dengan perlahan saya angkat menggunakan kereta bawa pulang ke rumah, itu sahaja yang saya mampu lakukan,” kata pesara guru, Ahmad Sofian Abdul Rahman.

Penduduk di dua daerah berkenaan mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.

Mereka sekali lagi terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air, susulan berlaku tekanan air rendah pada 23 Ogos lalu.

SATU berjaya mengatasinya namun masalah berulang selepas 10 hari bekalan air berjaya dipulihkan.

Paip terbabit membekalkan air ke tangki utama Berangan dari Loji Kepong untuk 28,700 pengguna di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-terengganu-merayu-masalah-bekalan-air-diselesaikan-segera-317382?fbclid=IwAR2enkvxSA2cGSgaFZgufW8SMfFFRBhUmjCygSRm0Wx6XiLfa79OfMqxzTY

BACA JUGA : 14 tahun dipenjara kerana bunuh isteri, banduan ini masih terima surat cinta dari 9 wanita