Penduduk 5 desa ini dilarang berkahwin dengan janda

Penduduk 5 desa ini dilarang berkahwin dengan janda

Penduduk di lima buah desa di Pulau Bali masih mengamalkan adat tradisional yang melarang lelaki berpoligami dan berkahwin dengan wanita berstatus janda, lapor Suara.com semalam.

Antara lima desa yang masih menuruti peraturan tersebut termasuk Tenganan Pegringsinga, Penglipuran Bangli, Bayung Gede, Boyoh dan Umbalan.

Jika lelaki melanggar adat larangan poligami ini, mereka akan dikenakan pelbagai sekatan dan hukuman tertentu.

Antaranya adalah dilarang mendapat sebarang kekayaan hasil desa, tinggal berasingan di pinggir desa tanpa ditemani keluarga dan tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti keagamaan kecuali upacara kematian.

Bagi Desa Bonyoh, mereka mempunyai satu lagi peraturan iaitu lelaki dilarang mengahwini janda daripada kalangan wanita di kampung yang sama.

Amalan yang disebut ‘juang-kejuang’ (saling bertukar bekas isteri) kerana ia dianggap kasih terlarang bagi mengelak perbalahan sesama sendiri.

Oleh sebab itu, mereka tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita yang pernah menjadi isteri salah seorang penduduk setempat.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/20/desa-di-bali-larang-kahwin-dengan-janda/

BACA JUGA : Lebih 200 warga asing solat hari raya, pihak Polis mohon maaf