Pendakwaan kes melibatkan 1MDB akan tetap diteruskan – Menteri

Pendakwaan kes melibatkan 1MDB akan tetap diteruskan – Menteri

Jabatan Peguam Negara komited untuk mendakwa mana-mana orang yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah di dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa mengambil kira bangsa, kedudukan, keturunan dan fahaman politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini sebanyak 34 kes yang berhubungan dengan kes 1MDB dan kes SRC International telah didakwa di mahkamah.

Daripada jumlah berkenaan, 32 kes masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis pada sidang Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan lisan Lim Kit Siang (DAP-Iskandar Puteri) yang ingin tahu sama ada kerajaan masih komited membawa mereka yang bertanggungjawab menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit akibat skandal 1MDB ke muka keadilan.

“Apa-apa wang dan aset berhubung dengan kes ini yang telah dan akan dirampas dan dikembalikan kepada kerajaan akan dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB,” kata Takiyuddin.

Baca lagi :

Hakikatnya kerana PH menanglah, kita berjaya dapat balik duit 1MDB

Menteri kewangan sahkan wang Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB

Usaha Kerajaan PH Berjaya; AS Pulang Dana 1MDB

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/98619/BERITA/Nasional/Dakwa-semua-suspek-terlibat-1MDB

COMMENTS