Pendakwa dedah pelaburan SRC berjumlah RM4 bilion adalah ‘palsu’

Pendakwa dedah pelaburan SRC berjumlah RM4 bilion adalah ‘palsu’

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu.

Timbalan pendakwa raya, V Sithambaram berkata demikian semasa mendengar rayuan Najib Razak berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

DPP merujuk kepada pelaburan yang dikatakan hampir RM4 bilion daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sekitar RM3.6 juta dihantar oleh SRC ke institusi kewangan di Switzerland untuk dijadikan simpanan tetap, yang akhirnya dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland.

Juga dilaporkan bahawa baki selebihnya dilaburkan ke Indonesia dan Mongolia.

Sithambaram berkata Najib telah memberi keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku dengan dana pelaburan kerajaan tersebut.

DPP berpendapat pasukan peguam Najib membuat pembelaan palsu kerana tidak ada apa-apa yang berlaku dengan pelaburan dana kerajaan tersebut, susulan pinjaman RM4 bilion yang diberikan oleh KWAP kepada SRC antara penghujung 2011 dan awal 2012.

“Keseluruhan (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah palsu. Tidak ada apa yang berlaku (dengan pelaburan itu). Wang keluar, tetapi tiada siapa (dalam SRC atau Najib) kelihatan tahu apa-apa, ”kata Sithambaram.

Di antara tujuh pertuduhan ke atas Najib adalah tuduhan salah guna kuasa, di mana bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan dua mesyuarat kabinet yang memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion berkenaan.

Bagi tuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, Najib didakwa meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman berkenaan sebagai balasan menerima sogokan sebanyak RM42 juta.

Semasa perbicaraan hari ini, Sithambaram menjelaskan bahawa meskipun penubuhan SRC bukan penipuan, namun aliran keluar hampir RM4 bilion dari SRC dan yang dilaburkannya adalah palsu.

DPP memberi respon terhadap pertanyaan hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim hari ini.

Karim: Anda mengatakan bahawa (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah untuk menyamarkan niat (jenayah) yang sebenarnya?

Sithambaram: Ya, yang arif.

“Sekiranya mereka melakukannya (pelaburan hampir RM4 bilion) dengan baik di Malaysia, saya akan bangga dengan mereka mereka kerana tidak akan ada kegagalan kuasa di Malaysia,” kata Sithambaram yang membuat isyarat dengan lidahnya sehingga mengundang ketawa orang ramai di galeri awam.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Selain merupakan bekas perdana menteri, Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, bekas penasihat emeritus SRC dan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim berlangsung hari ini dan dijangka disambung sehingga petang ini.

Hakim yang lain adalah hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas satu tuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Namun, mahkamah membenarkan permohonan pasukan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan bagi membatalkan hukuman tersebut.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/570780