Muhyiddin masih fobia kedudukannya sebagai PM dicabar

Muhyiddin masih fobia kedudukannya sebagai PM dicabar

Dalam usaha untuk membawa PRE ke parlimen bagi dibahaskan Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan gunakan sidang itu untuk menolak kerajaan.

Katanya sidang parlimen perlu bagi membincangkan dan minta Menteri Kewangan serta menteri lain jelaskan keadaan sebenarnya negara dan bukan asyik mempamerkan pakaian aneh-aneh ditertawakan ramai.

Saya sudah nyatakan sebelum ini Muhyiddin tidak mudah untuk membawa apa-apa ke parlimen kerana dia takut kedudukannya dicabar menyebabkan jawatan PM akan jatuh. Muhyiddin arif yang dia jadi PM secara tidak betul dan keadaan itu menyebabkan dia takut.

Walhal dari sudut lain kalau dia bawa ke parlimen saya tidak fikir oposisi tergamak untuk menolaknya kerana PRE itu adalah kepentingan buat rakyat.

Jadi permintaan Anwar dan sesiapa hanya sia-sia sahaja, Muhyiddin tidak akan pernah berani. Justeru permintaan dan desakan agar diadakan sidang parlimen saya lihat ia sebagai ejekan dan gangguan kepada Muhyiddin untuk melawan Covid-19 semata-mata.

Masakan Anwar tidak faham dengan sikap pencuri, seseorang pencuri tidak akan pernah berada jauh daripada barang yang dicurinya. Kerajaan yang ada hari ini tidak boleh dinafikan ia barang curi. Trims.

Sumber: