Pencuri tabung masjid kena cekup, penyudahnya dimandikan seperti jenazah oleh Tok Imam

Pencuri tabung masjid kena cekup, penyudahnya dimandikan seperti jenazah oleh Tok Imam “Lelaki itu cuba mengelakkan dirinya daripada dimandikan namun dipegang orang ramai sebelum diketuk kepalanya dengan getah air oleh Tok Imam”

Masjid Jelawat – Tular satu video di sosial media memaparkan seorang tok imam sedang memandikan seorang lelaki yang didakwa mencuri duit tabung masjid sebelum ditabur dengan kapur barus.

Disaksikan oleh beberapa orang ajk masjid dan orang awam, tindakan itu dilakukan untuk menginsafkan lelaki tersebut supaya bertaubat dan menyedari tentang perbuatannya.

Lelaki itu cuba mengelakkan dirinya daripada dimandikan seperti jenazah sebelum diketuk kepalanya dengan getah air oleh tok imam.

Rata-rata netizen menyokong tindakan itu supaya menjadi pengajaran bagi dirinya dan juga orang lain agar tidak mencuri. Malah ada yang mengecam tindakan tok imam dan ajk masjid berbuat demikian atas dasar kesian katanya.

Pencuri tabung masjid kena cekup, penyudahnya dimandikan seperti jenazah oleh Tok Imam

BACA JUGA :
Panas !!! ‘Imam Mahdi’ serang imam Masjidil Haram
Gempar !!! Wanita melayu ini mengaku jumpa Imam Mahdi…
Pecat Imam : Bukan sebab qunut, tetapi beri peluang Imam lebih muda

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)