Pencapaian 100 hari : Menteri Agama puas hati

Empat program yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjaya dicapai dalam tempoh 100 hari.

Menterinya, Senator Idris Ahmad berkata, begitu juga kesemua 208 program melalui Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani Covid-19 (PIAGAM C-19) yang merangkumi lima Inisiatif Mantap telah dilaksanakan dengan jayanya.

“Saya berpuas hati dengan kesungguhan dan kegigihan ditunjukkan oleh semua agensi Islam dalam menyantuni Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Jumaat.

Pencapaian 100 hari : Menteri Agama puas hati

Idris Ahmad.

Menurutnya, secara ringkasan, dalam pentadbiran 100 hari pertama itu, kerajaan memberikan tumpuan untuk mengeluarkan masyarakat daripada pandemik kepada endemik serta berusaha mengubah kegusaran rakyat kepada kehidupan lebih ceria dan bermakna.

“Walaupun tidak mampu menyelesaikan semua perkara tetapi sedikit sebanyak dapat menggembirakan penerima khususnya asnaf dan golongan B40,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berikrar memperkemaskan tadbir urus hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

“Buat semua rakyat Malaysia, saya persembahkan Laporan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya.

BACA JUGA : Panas !!! Militan Sulu siap sedia serang Sabah
Ini bukti bandaraya Jakarta sedang tenggelam…

Artikel ini disiarkan pada 10/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)