Pemuda Umno cadang wujud kerajaan Interim bermodelkan perpaduan.Andainya Tan Sri Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan pagi ini, setelah hilang majoriti sokongan sebagaimana dikehendaki Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, maka KUASA MELANTIK PERDANA MENTERI baharu terletak sepenuhnya di tangan YDP Agong menurut Perkara 40 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Maknanya YDP Agong boleh melantik sesiapa sahaja di kalangan 220 Ahli Dewan Rakyat (2 meninggal dunia) mengikut BUDI BICARANYA dan PADA HEMATNYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI.
Jika YDP Agong sudah melantik PM, dia ada tempoh 60 hari untuk mengabsahkan kedudukannya yang dianggap mempunyai majoriti di Parlimen (floor test) dengan mengemukakan usul percaya kepada PM.
Demi menurunkan suhu politik dalam Negara dan memfokuskan usaha menangani Covid-19 serta kebajikan rakyat yang merana, maka dicadangkan seperti berikut:
Dilantik seorang Perdana Menteri Interim yang TIDAK KONTROVERSI, TIDAK DIANGGAP ANCAMAN KEPADA SESIAPA dan TIDAK ADA CITA-CITA POLITIK UNTUK BUNUH PESAING-PESAING POLITIKNYA atau MEMBINA ‘POLITICAL WAR CHESS’.
Pemuda Umno cadang wujud kerajaan Interim bermodelkan perpaduan
Perdana Menteri Interim boleh mewujudkan ‘WAR CABINET’ atau sebuah kabinet berfokus sepertimana pengalaman UK dalam beberapa peristiwa besar untuk melawan pandemik penyakit kaki dan kuku, ‘Brexit’, Perang Dunia di zaman Winston Churchill dan Perang Falklands di zaman Margaret Thatcher.
War Cabinet bagaikan sebuah Kerajaan Perpaduan ‘unity government’ bersifat inklusif, terdiri daripada wakil-wakil semua parti utama tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Fokus kepada hanya 3 perkara utama:
(i) Menangani Covid-19 dan Mempercepatkan Vaksinasi agar negara segera capai imuniti kelompok.
(ii) Menstabilkan ekonomi
(iii) Membantu kebajikan rakyat yang kesempitan ketika ini (termasuk #TuntutanRAKYAT)
Kabinet dikecilkan daripada 70 Menteri dan Timbalan Menteri seperti yang ada dalam Kerajaan PN sekarang (tak tahu efektif atau tidak?) kepada hanya beberapa atau maksimum 10-15 Menteri Koordinator.
Kerajaan Interim hanya untuk tempoh sehingga imuniti berkelompok tercapai iaitu lebih 90% rakyat divaksin. Sasaran antara 6-9 bulan.
Jika imuniti kelompok berjaya dicapai, PM Interim mesti menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen bagi diserahkan mandat kembali kepda rakyat untuk diadakan PRU-15.
Kerajaan Interim boleh meredakan suhu politik dengan semua parti mengambil bahagian penting dalam usaha menangani Covid-19, sekaligus wujud Gencatan Senjata Politik (Political Ceasefire) yang sebenar. Ini kerana matlamat akhir selepas 6 bulan dan setelah berjaya mencapai imuniti kelompok, PRU-15 boleh diadakan.
Sepanjang Kerajaan Interim Perpaduan ini;
– tidak ada lagi aktiviti ‘horse trading’ (jual beli @ sogokan Ahli Parlimen dan orang politik).
– Tidak ada lagi aktiviti persaingan sengit dengan kecenderungan penguasa menggunakan kaedah ‘knife, pen and cheque book’, ugutan dan tawaran untuk melemahkan pesaing di kalangan parti-parti lawan.
– Semua parti bekerjasama fokus COVID-19 bukan membina ‘war chess’ sepanjang dalam kerajaan.
– Political Ceasefire untuk seketika sehingga PRU-15
Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sumber: