Pemuda PH desak Muhyiddin pastikan tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM

Pemuda PH desak Muhyiddin pastikan tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM

Kami mengikuti rapat perkembangan pimpinan ARMADA BERSATU Malaysia yang ditahan dan ditangkap dengan tidak sah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada lewat malam Selasa, 3 Jun 2020.

Timbul kemusykilan kerana penahanan ini berlaku di tengah-tengah ketidaktentuan politik negara. Kita tidak mahu kerajaan pintu belakang ini menjadikan penahanan pemimpin politik anak muda sebagai ugutan untuk menekan suara anak muda.

Kami mendesak supaya kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memastikan supaya tiada campur tangan politik dalam siasatan SPRM.

Buat sahabat seperjuangan dalam ARMADA yang menghadapi tekanan kerana melawan rejim, kami bersolidariti dengan kalian!

Howard Lee Chuan How
Ketua DAPSY Kebangsaan

Shazni Munir Mohd Ithnin
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Ketua Angkatan Muda KeAdilan

Sumber:

SOLIDARITI BUAT ARMADA BERSATU MALAYSIAKami mengikuti rapat perkembangan pimpinan ARMADA BERSATU Malaysia yang ditahan…

Posted by Howard Lee 李存孝 on Friday, 5 June 2020

COMMENTS