Pemuda Pas pertikai peruntukan RM15 juta untuk Sekolah Persendirian Cina

Pemuda Pas pertikai peruntukan RM15 juta untuk Sekolah Persendirian Cina.Apakah kewajaran pihak kerajaan memberikan RM15 juta kepada 63 buah sekolah persendirian Cina di bawah Dong Zong?

Sedangkan 512 sekolah tahfiz berhadapan risiko untuk ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi.

Saya menggesa pihak kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan tersebut serta membatalkannya. Apatah lagi sikap Dong Zong yang tegar menentang tulisan Jawi dan memperjuangkan UEC.

Dong Zong sewajarnya menerapkan sistem pendidikan kebangsaan di dalam silibus sekolah mereka serta menerima tulisan jawi. Barulah wajar mereka menerima bantuan daripada kerajaan.

Adalah lebih baik jika peruntukan tersebut disalurkan kepada masyarakat Cina di kalangan B40 yang mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan. Mereka setia mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan berasimilasi di dalam sebuah Keluarga Malaysia.

Kita boleh menerima kepelbagaian tetapi tidak akan sesekali bertolak ansur dengan kebiadaban.

Kita juga tidak membenci kepada mana-mana kaum, tetapi kami benci kepada tindakan berat sebelah!
MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Telok Panglima Garang

Sumber:

BACA: Gempar !!! Dilapor bakal menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, ini penjelasan Anwar

COMMENTS

Wordpress (0)