Pemuda Pas mahu sekurang-kurangnya 7 parlimen di Selangor jadi milik Pas

Pemuda Pas mahu sekurang-kurangnya 7 parlimen di Selangor jadi milik Pas

SEBARAN PENTING DAN SEGERA!!

KENYATAAN RASMI

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR.

KEPUTUSAN BERTANDING SEKURANG-KURANGNYA 7 PARLIMEN SEMPENA PENUTUP JELAJAH YOUTH 4 GREEN.

1. Alhamdulillah, hari ini merupakan penutup Jelajah #Youth4Green (#Y4G) setelah dimulakan sekitar 2 bulan lepas, bermula di Parlimen Kapar dan berakhir di Parlimen Bangi.

2. Pemuda PAS Selangor meneliti segala persiapan dan persediaan dalam menjayakan program #Y4G di peringkat Parlimen yang telah ditentukan, dan Pemuda PAS Selangor merasa teruja dengan segala perancangan yang telah berjalan ini.

3. Persiapan ini jelas menunjukkan jentera Dewan Pemuda PAS yang terlibat benar-benar telah bersedia apabila perincian jentera mencapai melebihi 70% persiapan PRU-15. Keputusan ini adalah lonjakan penting untuk memastikan semua parlimen sasaran ini adalah sasaran yang realiti, bukan hanya omongan kosong!

4. Dengan ini, Pemuda PAS menegaskan bahawa PEMUDA PAS SELANGOR bersedia sepenuhnya untuk memenangkan sekurang-kurangnya 7 Parlimen ini untuk PRU-15.

1. Kapar P109
2. Shah Alam P108
3. Sg Buloh P107
4. Kuala Selangor P096
5. Hulu Langat P101
6. Kuala Langat P112
7. Bangi P102

Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

Sumber :