Pemuda Pas gesa tutup kilang, usah hukum rakyat

Pemuda Pas gesa tutup kilang, usah hukum rakyat

Pemuda Pas gesa tutup kilang, usah hukum rakyat.

Kegagalan sektor perkilangan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) membantutkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, rakyat yang mematuhi SOP sejak dari dahulu tidak harus dihukum akibat kegagalan pihak lain.

“Kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak mematuhi SOP yang digariskan bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lepas berjaya.

“Pemuda Pas juga mencadangkan agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil strategi “Lockdown Bersasar” yang lebih ketat dan melonggarkan SOP di daerah-daerah yang bersatus hijau,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau juga dalam masa sama optimis kerajaan mampu membuat keputusan terbaik demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan.

Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sebegitu selepas melihat jumlah kluster tempat kerja yang masih merekodkan angka membimbangkan.

“Setelah melihat kepada pola kluster seperti yang dilaporkan saban hari, Dewan Pemuda Pas Malaysia menegaskan bahawa “Kluster Tempat Kerja” ini mestilah dihentikan.

“Operasi perkilangan yang dikenal pasti hendaklah ditutup serta-merta selama dua minggu,” tegasnya.

Semalam, Astro AWANI melaporkan sebanyak 14 lagi kluster baharu dikesan di negara ini dengan sembilan daripadanya merupakan Kluster Tempat Kerja.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini meningkat kepada 868 kluster.

Beliau berkata, daripada jumlah Kluster Tempat Kerja, tiga dikesan di Selangor masing-masing membabitkan daerah Kuala Langat dan Sepang (Kluster Industri Tanjung Suria); dan dua di daerah Sepang iaitu Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama dan Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tutup-kilang-usah-hukum-rakyat-yang-patuh-sop-ketua-pemuda-pas-305358

BACA JUGA : Gempar !!! Tular ahli parlimen PN mula tinggalkan parti