Pemuda ini borong 20 unit kondominum mewah berharga RM900 Juta di Singapura, siapakah dia?

Pemuda ini borong 20 unit kondominum mewah berharga RM900 Juta di Singapura, siapakah dia?

Kesemua 20 unit kondominium mewah di Orchard, Singapura telah dijual kepada seorang pembeli eksklusif yang memborong kesemua unit terbabit pada harga S$ 293 juta atau bersamaan dengan RM900 juta.

Kondominium yang bernama Eden by Swire Properties itu terletak di 2 Draycott park dan setiap unit kondo ini berukuran lebih dari 3,000 kaki persegi (279 meter persegi) – lebih besar daripada ukuran dua flat eksekutif.

Harga kondo ini adalah bermula dengan S$ 4,827 per kaki persegi (RM14,000). Untuk memberi gambaran jelas betapa mahalnya kondo ini, Mothership SG melaporkan bahawa kondo yang terletak berhadapan dengan Eden dijual pada harga S$ 2,379.14 per kaki persegi (RM7,000).

0c41f1-EDEN-by-Swire-Properties-1

79393024_173717757043391_4062929319768914762_n

116957699_317052942972980_8679167557651228393_n

119180701_4323834794353112_5795197514709181865_n

Menurut EdgeProp, 20 unit kondominium terbabit difahamkan telah dibeli oleh seorang keluarga dari China. Tambah laporan itu lagi, Eden ini pada mulanya dijual pada harga S$ 6,000 per kaki persegi (RM16,000). Tetapi dijual kurang pada harga asal disebabkan potongan 20 peratus.

Untuk rekod, kondominium dengan konsep hutan hujan ini adalah direka oleh Thomas Heatherwick dari Heatherwick Studios. Ia diilhamkan oleh visi Singapura sebagai kota dalam taman. Setiap unit dilengkapi dengan kebun tumbuhan tropika yang terletak di bahagian beranda rumah.

Berita penuh : https://www.thevocket.com/keluarga-china-borong-kesemua-20-unit-kondominium-mewah-di-singapura-pada-harga-rm900-juta/