Pemuda berjaya ubah Rumah Flat jadi Kondo mewah, bajet tak sampai RM1K

Pemuda berjaya ubah Rumah Flat jadi Kondo mewah, bajet tak sampai RM1K.Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.

Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.

 

Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.

Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.

So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.

Ruang Tamu sebelum transformasi.

Dapur sebelum transformasi.

Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.

Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana

” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau

Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe
.

Ruang Tamu Selepas.

“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.

BACA:

Dah boleh ‘halalkan’ ketum? Ini respon Ayob Khan

“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)