1.Isu video tarian gala yang melibatkan, Ketua Hakim Negara-Richard Malanjum, Peguam Negara-Tommy Thomas, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri-Liew Vui Kiung telah tersebar mengakibatkan tular diperkatakan di media sosial.
.
2.Video yang berdurasi kurang dari 1 minit itu diambil dari sebuah program Legal Year 2019, sebuah majlis makan malam, dimana itu merupakan sebuah acara tahunan yang menjadi agenda saban tahun.
.
3.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari bangsa dan agama, ini jelas bertentangan dengan gaya hidup penduduk Malaysia yang mengamalkan adab ketimuran.
.
4.Pemuda AMANAH Negeri Melaka juga memahami akan situasi yang sedang berlaku di negara kita. Acara yang seumpama itu bukanlah tidak pernah anjurkan atau dihadiri oleh bekas-bekas pemegang jawatan tertinggi negara sebelum ini. Ini bermaksud, acara seperti ini telah wujud sebelum kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan Malaysia, dan perkara itu kekal seperti “tradisi” pengamal undang-undang.
.
5.Titis demi titis akhirnya boleh menjadi tasik. Perkara yang telah menjadi adat di dalam sesuatu majlis, terasa tidak gemilang jika tanpanya. Itulah umpamanya acara di majlis Legal Year 2019 itu.
.
7.Apatah lagi acara itu melibatkan perjawatan tertinggi di negara kita, adalah sangat baik jika kita berjaya menampilkan kepimpinan yang bukan sahaja menjadi hebat dari sudut pengurusan mahupun pentadbiran, tetapi juga lebih menyerlahkan sudut budaya ketimuran, ketinggian penghayatan agama serta integriti.
.
8. Perkara ini juga menjadi lebih panas kerna masyarakat terlihat kelibat individu yang kerap menimbulkan isu yang menyentuh umat Islam dan Melayu di atas pentas yang sama, seterusnya menjadi punca percambahan kegusaran rakyat negara ini.
.
9.Pandangan kami, eloklah sekiranya acara-acara yang seperti ini perlahan-lahan direformasi dengan acara yang lebih tidak mengundang spekulasi imej Malaysia Baru. Tanpa ada tari dan gelek,malah lebih elok tanpa ada ‘open karaoke’. Pihak kerajaan juga boleh menggariskan panduan untuk sektor awam bagi penganjuran sesebuah program.
.
10.Sebagaimana Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya membuat garis panduan solat di pejabat, adalah sangat cemerlang jika garis panduan program dan acara yang menekankan aspek tidak menyalahi adat, budaya mahupun agama di Malaysia ini dilaksanakan.
.
11.Malah lebih cemerlang jika sudah berjaya di laksanakan di sektor kerajaan, ianya boleh diperluaskan pada peringkat swasta dengan penerangan dan susunan yang kemas teratur.
.
12.Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Semoga agenda reformasi institusi bermula dengan penghormatan tertinggi kepada para penjawat tertinggi negara.
.
NAZRI ZAMANI
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Negeri Melaka