Pemintaan tinggi jadi punca harga ayam naik

Pemintaan tinggi jadi punca harga ayam naik.Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full berkata terdapat dua faktor menyebabkan kenaikan harga ayam iaitu peningkatan kos bahan mentah seperti kacang soya, jagung dan pertukaran mata wang asing selain faktor permintaan dan bekalan.

Memetik laporan malaysiakini beliau berkata Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan harga mendadak barangan asas seperti ayam dan minyak masak kebelakangan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Beliau juga mengulas lanjut “Situasi ini menyebabkan permintaan meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti juga turut meningkat yang mana penternak tidak dapat menjangka pembukaan ini.

Menerusi tinjauan baru-baru ini, harga ayam di bandar raya ini didapati antara RM9.80 dan RM10.30 sekilogram.

Menurut laporan Dr Chong (Bersatu-Pemanis) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Umno-Penawar), Md Ysahruddin Kusni (PH-Bukit Naning) dan Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom) mengenai tindakan kerajaan berhubung kenaikan harga keperluan asas terutama selepas beralih ke Fasa Empat PPN seperti ayam, minyak masak dan sayur-sayuran.

Bagaimanapundalam satyu kenyataan Dr Chong berkata situasi dialami kini tidak pernah berlaku yang turut dialami seluruh dunia, dan kerajaan perlu mengimbangi antara permintaan pembeli, peruncit, pemborong dan pengilang.

“Saya sentiasa konsisten dalam menjawab persoalan mengenai kenaikan harga barangan. Isu ini begini…kalau permintaan tinggi dan bekalan tidak cukup, harga akan naik. Sebab itu, kerajaan telah tetapkan harga siling untuk memastikan tidak membebankan pembeli,” katanya yang sering turun padang untuk meninjau harga barang di pasaran.

BACA: Pas gugur Kamarudin selaku Pesuruhjaya Pas Melaka

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 5 days

    Just wish to say your article is as astounding. The clearness for your put up is simply cool and i could think you’re an expert in this subject. Well together with your permission let me to snatch your RSS feed to stay up to date with forthcoming post. Thanks 1,000,000 and please keep up the rewarding work.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Pemintaan tinggi jadi punca harga ayam naik […]