Pemimpin PN perlu akur Muhyiddin hanya ada 100 sokongan MP sahaja

Jangan

Pemimpin PN perlu akur Muhyiddin hanya ada 100 sokongan MP sahaja. Sambil tidak mahu mengaku TS Mahiadin dan kerajaannya hanya tinggal sokongan 100 ahli parlimen, menteri PN berhujah ahli parlimen mana pula yang ada majoriti untuk jadi PM dan menubuhkan kerajaan yang stabil.

Yang penting ialah peruntukan dalam Perlembagaan mengenai keadaan apabila seseorang Perdana Menteri “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat..” seperti dalam Perkara 43(4).

Bukan soal ada sesiapakah yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

TS Mahiadin apabila “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

PN

Ini peruntukan dalam Perlembagaan.

Tidak ada peruntukan yang mengatakan mesti pula ada calon lain dulu dan barulah seseorang PM yang sudah kehilangan majoriti meletakkan jawatannya.

Perkara 43(4) adalah jelas dan terang.

Soal calon baru terserah kepada budibicara dan hemat Yang di-Pertuan Agong bawah Perkara 43(2).

Seminggu dulu, kononnya TS Mahiadin maseh ada sokongan majoriti dan bersedia membuktikannya pada sidang Dewan Rakyat pada bulan September.

Minggu ini, dah lain cerita pula.

Dihujahkan tidak ada ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti pula untuk melayakkan diri.

Turun dululah. Patuhlah kepada Perlembagaan.

Kerajaan TS Mahiadin sudah jelas tidak ada sokongan majoriti.

Maseh hendak berdolak-dalik lagi sedangkan kerajaan PN sudah jadi sebuah kerajaan yang tidak sah mengikut Perlembagaan!

Sumber:

BACA: