Pemimpin GPS buka mulut, intai posisi TPM untuk GPS

Pemimpin GPS buka mulut, intai posisi TPM untuk GPS

Pemimpin GPS buka mulut, intai posisi TPM untuk GPS. Pemilihan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat dan sesuai untuk dipertimbangkan dalam pembentukan kerajaan baharu.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.

‘’Pemilihan Ahli Parlimen daripada GPS merupakan satu langkah yang tepat dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu,’’ katanya menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI pada Rabu.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak bagaimanapun berkata, sesiapa sahaja calon yang dipilih untuk menjawat kedudukan tersebut adalah tidak penting.

GPS

BACA:Pemimpin Pas kelihatan berada di ibu pejabat Umno

‘’Apa yang penting adalah peranan dan sumbangan GPS ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.

‘’Malah calon itu juga perlu jujur, berkaliber dan dapat memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan,’’ ujarnya.

Masing berkata demikian susulan kenyataan pemuda PRS yang mencadangkan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai calon Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/calon-gps-sesuai-pegang-jawatan-tpm-masing-314710

BACA: Terkini !!! Ahli Parlimen PKR sudah hantar SD kepada Agong