Pemimpin di atas lebih berpandangan jauh dibandingkan rakyat di bawah, kata pemimpin Pas

Pemimpin di atas lebih berpandangan jauh dibandingkan rakyat di bawah, kata pemimpin Pas

Pemimpin di atas lebih berpandangan jauh dibandingkan rakyat di bawah, kata pemimpin Pas. Kerajaan memahami keluh kesah rakyat ketika pandemik Covid-19, walaupun menerima pelbagai ejekan dan kata-kata kesat ekoran peraturan yang ditetapkan.

Timbalan Pengerusi Assabiqun Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh memberi perumpamaan pemimpin yang berada di atas lebih berpandangan jauh dibandingkan rakyat yang berada di bawah.

Menurutnya, orang ramai perlu akur terhadap arahan kerajaan yang menutup rumah ibadat termasuk masjid, sebaliknya membuka premis perniagaan yang penting bagi kelangsungan hidup rakyat.

pemimpin

“Meski pun keputusan berbeza dengan kita, tetapi yakinlah orang yang dipilih sebagai pemimpin sudah tentu lebih baik daripada pengikut dari segi ilmu, kelayakan dan pengetahuan terhadap sesuatu isu.

“Ibarat seperti seorang ketua dia panjat kelapa, duduk di pelepah kelapa, kita pengikut sebesar mana pun duduk di umbi juga, jadi banding antara kedua-dua siapa pandangan lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada bicara siasah, pengorbanan dalam realiti perjuangan yang disiarkan Facebook Legasi Tok Guru malam tadi yang dipengerusikan Ustaz Abdul Fattah Jaafar.

Malah Wan Ismail yang juga Yang Dipertua PAS Ketereh berkata, banyak kedengaran suara tidak puas hati termasuk pendukung PAS sendiri menentang keputusan kerajaan.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bermula Jun lalu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) bagi mengurangkan jangkitan wabak itu kepada masyarakat.

Beliau berkata PAS mempunyai kaedah sendiri bagi memastikan konsep berjemaah yang patuh kepada kepimpinan untuk dilaksanakan kepada ahli bagi memastikan agenda kerajaan tercapai.

Jelasnya, PAS mementingkan soal wala kepada kepimpinan tertinggi, walaupun keputusan yang dirangka oleh kerajaan tidak menepati dan berbeza dengan cita rasa sendiri.

“Bila kita tengok dari satu sudut yang sempit dan kepentingan yang kecil, maka kita akan rasa keputusan seperti keputusan yang menepati kehendak kita itu adalah terbaik.

“Tetapi pimpinan yang ramai duduk di atas dengan sumber maklumat dari pelbagai dimensi, ada dimensi politik, agama, ekonomi, sosial dan sebagainya, jadi kita kena yakin,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan satu tindakan yang tidak pernah dijangka dengan suasana politik hari ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana PAS berlapang dada, berjiwa besar serta tidak berdendam dengan parti kompenan dalam kerajaan termasuk Umno dan Bersatu dalam menghadapi kerenah politik.

“Akhirnya Allah beri kepada kita, walaupun bagi sesetengah orang melihat kecil, tetapi nilai sebuah perjuangan ini kepada PAS, ianya menjadi sesuatu yang besar dan bermakna.

“Bahkan kalau sikap ini diteruskan, saya yakin rakyat Malaysia akan membuka mata melihat keikhlasan pendukung dan pejuang PAS kerana ikhlas dalam perjuangan,” katanya.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/07/14/pas-berlapang-dada-hadapi-kerenah-politik/

BACA JUGA : Timb Menteri nikah online : Benda sah dan halal, kata Pemuda Pas