Pemimpin Bersatu tegur kerajaan terdahulu kerana biarkan Sugarbook

Bekas

Seorang pemimpin PPBM membidas kerajaan lalu berhubung isu Sugarbook, mengatakan ia “membiarkan saja” penyedia khidmat janji temu untuk “sugardaddy” dan “sugarbaby” itu berterusan.

Walaupun isu itu pernah dibangkitkan semasa pentadbiran lepas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Mohd Taufik Yaacob berkata “Pakatan Harapan semasa berkuasa seolah-olah tidak berminat menjaga agama dan kemuliaan adat resam kita.”

Beliau memuji Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan polis atas ketegasan mereka “menjaga akhlak dan maruah rakyat”.

Taufik juga menyeru tindakan tegas itu perlu disusuli dengan usaha menjadikan masyarakat “bangsa yang menyanjung tinggi akhlak mulia dan menolak maksiat yang berleluasa”.

“Inilah perbezaan antara PH yang membiarkan saja akhlak rakyat runtuh, berbanding Perikatan Nasional yang mahu memastikan negara kita sentiasa berada dalam kerangka yang mulia dan barakah,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, polis menahan pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b), 372(1)(d), dan 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/18/kerajaan-lalu-biar-sugarbook-berterusan-seolah-tak-berminat-jaga-agama-kata-pemimpin-ppbm/

COMMENTS

Wordpress (0)