Pemimpin Bersatu Berusaha Memujuk Tun M Pagi Ini

Pemimpin Bersatu Berusaha Memujuk Tun M Pagi Ini

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat tiba di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, jam 8.05 pagi tadi.

Beliau menaiki kenderaan Toyota Vellfire hitam diiringi beberapa kenderaan lain.

Kunjungan Muhyiddin itu dipercayai bagi memujuk Dr Mahathir tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU dan meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Turut kelihatan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba jam 8.13 pagi tadi.

Dua minit selepas itu, Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun, turut dilihat tiba di kediaman Dr Mahathir.

Kelibatnya dilihat turun dari kenderaan hitam untuk mengambil pas masuk melalui Pintu B.