Pemilik Madrasah di Kuala Krai halang penghuninya jalani ujian saringan Covid-19

Seramai 34 orang penghuni sebuah madrasah di Kampung Sungai Kenerong, Dabong di sini dipercayai enggan menjalani ujian saringan Covid-19 meskipun terdapat kes kematian akibat jangkitan itu di situ baru-baru ini.

Difahamkan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai hadir untuk membuat ujian saringan berikutan seorang penghuni di situ meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19 manakala isterinya pula kini masih sedang dirawat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, proses ujian saringan tidak dapat dijalankan selepas dipercayai dihalang oleh pemilik madrasah berkenaan.

Pemilik Madrasah di Kuala Krai halang penghuninya jalani ujian saringan Covid-19

Menurutnya, bagaimanapun, tiada laporan dibuat berhubung kes itu, namun polis ada menerima aduan yang meminta campur tanga polis menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya difahamkan ada 34 penghuni di madrasah itu. Mereka diminta untuk menjalani ujian saringan berikutan terdapat kematian seorang penghuni dipercayai akibat Covid-19.

“Setakat hari ini, memang tiada gejala lagi dalam kalangan penghuni madrasah tetapi mereka tetap perlu menjalani ujian saringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Suzaimi, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca keengganan mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal. Sekiranya tiada jangkitan di madrasah itu, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/31/pemilik-madrasah-halang-34-penghuni-jalani-ujian-saringan/

BACA JUGA : Guna ‘Jakun’ dalam nada menghina, orang asli luah rasa kecewa