Menyalahkan DAP diatas perletakan jawatan Dr Maszlee adalah manifestasi ‘sieged mentality’ yang sangat parah.Perletakan jawatan Dr Maszlee adalah prerogatif dan keputusan Perdana Menteri. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi ala-Westminster yang berdasarkan ‘cabinet collective responsibility’. Semua anggota jemaah menteri adalah bertanggungjawab secara bersama dalam semua keputusan kerajaan. Perletakan jawatan Dr Maszlee bukan disebabkan polisi Kementerian Pendidikan, kerana polisi setiap kementerian adalah tanggungjawab bersama semua menteri yang berada dalam kabinet.Naratif pembangkang yang kononnya kementerian yang disandang oleh DAP bersifat anti Melayu atau anti Islam adalah bersifat ‘political propaganda’ dan berniat jahat. Siapapun yang jadi Menteri, polisi kerajaan adalah bersifat ‘collective responsibility’.Meletakkan kesalahan ke atas DAP adalah sebahagian dari ‘political propaganda’ mainan pembangkang yang semenangnya desperate untuk menangguk di air keruh. Saya percaya sekiranya Perdana Menteri menggugurkan menteri dari DAP sekalipun, pembangkang akan memutar belit cerita kononnya menteri DAP yang digugurkan kerana tidak ‘cukup kuat DAPnya’.Hakikatnya pembangkang sudah bangkrap politik. Mereka tidak ada modal politik yang suatainable untuk mempengaruhi rakyat. Semakin hari prestasi kerajaan PH semakin baik. Jika dibandingkan dengan kerajaan kleptokrat sebelum ini tentulah jauh panggang dari apa. Apa yang mereka sebarkan hanya fitnah, pembohongan, dan kebencian.Paling mudah ialah dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan kebencian. Mangsa yang paling mudah dijadikan ‘bogeyman’ ialah DAP. Maka itu, tidak hairanlah pembangkang akan meratib tentang DAP setiap hari. Itu memenuhi naratif dan propaganda politik mereka. Mangsanya ialah kebenaran, keadilan, dan keharmonian hidup rakyat.Tetapi pembangkang tidak peduli itu semua. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-segalanya. Mereka sanggup buat apa saja. Itulah nilai pembangkang hari ini. Bukan untuk menjadi unsur semak dan imbang, tetapi sekadar menjadi ejen fitnah dan pembohongan.Jamzuri Ardani