Malaysia adalah negara kedua selepas Australia guna nyamuk ini kawal denggi.
Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyeru rakyat Malaysia untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran untuk mencegah denggi.
Terdapat 93 kematian akibat denggi (1Jan -29 Jun 2019).
Dan 5 negeri mencatat kes kematian tertinggi adalah Selangor (30), Johor (15), Sabah (13), P.Pinang (8), Negeri Sembilan (6).
Nyamuk berwolbachia adalah usaha terbaharu KKM membanteras denggi.
Bakteria Wolbachia merencatkan virus denggi sekaligus tak disebarkan kepada manusia.
Fakta Nyamuk berWolbachia.
1. Seekor nyamuk, KKM belanja 50 sen.
2. Warna dan rupa tiada beza dgn nyamuk Aedes aegypti tapi dalam badan ada bakteria wolbachia.
3. Nyamuk berWolbachia jantan mengawan dengan nyamuk aedes betina tiada Wolbachia dan hasilkan telur tak boleh menetas.
4. Nyamuk aedes betinaberWolbachia mengawan dengan nyamuk aedes jantan tiada Wolbachia akan hasilkan nyamuk aedes berWolbachia.
5. Nyamuk berWolbachia bebas virus denggi, selamat kepada manusia, haiwan, alam sekitar.
6. Wolbachia, bakteria semula jadi yg ada dlm lebih 60% serangga.