PELAN RASIONALISASI TH MELIBATKAN PENJUALAN ASET TH PLANTATIONS

TH telah memulakan pelan rasionasilasi untuk memulihkan prestasi kewangan institusi tersebut melibatkan anak syarikatnya TH Plantations.

Untuk rekod, TH Plantations mempunyai pegangan aset ke atas tanah berkeluasan 6,513.80 hektar di Sibu dan Bintulu, Sarawak.

TH berkepentingan dalam dua buah syarikat yang berkaitan iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW)

BSV terlibat dalam operasi penjualan Buah Tandan Segar (BTS) manakala MW pula syarikat terlibat aktiviti penyewaan hartanah pelaburan.

Pelaburan THP dalam perladangan di Sibu dan Bintulu ini, pada awalnya dilihat mendatangkan keuntungan kepada syarikat dengan pelaburan awal melalui BSV sebanyak RM221.7 juta dan MW sebanyak RM42.49 juta, namun kemudiannya syarikat mula mengalami kerugian demi kerugian.

Kedua syarikat ini dikenalpasti pengurusan tertinggi TH, syarikat tidak berdaya maju dan perlu dilepaskan kepentingan bagi mengelakkan TH terus menanggung beban hutang berpanjangan.

TH mengambil keputusan tidak lagi berminat meneruskan operasi dan pegangan saham ke atas dua syarikat tersebut yang dilihat tidak memberi keuntungan jangka panjang kepada perniagaan TH Plantations (THP).

Rasional TH Melepaskan Kepentingan Ke Atas Aset di Sibu dan Bintulu, Sarawak

TH membuat keputusan melepaskan kepentingan pegangan 6,513.80 hektar tanah sebagai pelan rasionalisasi memulihkan prestasi kewangan semasa TH.

Ia bertujuan untuk mengurangkan pinjaman semasa THP dan meningkatkan kecekapan operasi syarikat tersebut.

Selain itu, pengurusan tertinggi TH juga melihat kemerosotan prestasi pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) melibatkan perladangan di Sibu dan Bintulu, menjadi faktor TH membuat keputusan menjual aset tersebut.

Menepis Dakwaan Najib Razak THP rugi selepas PH ambil alih Kerajaan

Dato’ Seri Najib dalam kenyataannya mendakwa THP tidak pernah rugi dari aktiviti perniagaannya sepanjang dia menjadi PM, apa disebut Najib hanyalah bentuk andaian semata-mata, tiada dikemuka fakta dan laporan prestasi menyokong dakwaanya.

Najib sebut BTS boleh hasil 52,040 setan dari aset di Sibu dan Bintulu tersebut, kita menuntut Najib kemukakan laporan rasmi bukan hanya sekadar andaian kosong.

Apakah kesan kepada THP selepas Penjualan Aset tersebut ?

TH mengunjurkan keuntungan hasil dari pelan rasionalisasi ini, dapat meningkatkan nisbah penggearan daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali.

TH juga akan mendapat perolehan keuntungan dari pelan ini sebanyak RM9.41 juta setahun, dan kedudukan semasa THP masih mempunyai 94,462.08 hektar aset dipegang melibatkan sektor perladangan kelapa sawit dan getah.

Selain itu, pelan ini juga dilihat sebagai langkah untuk menjelaskan hutang THP berjumlah RM130 juta, sebahagian lain digunakan untuk modal kerja, bayaran kepada pemiutang dan beberapa perbelanjaan lain perlu dilunaskan THP.

Perkembangan ini positif apabila saham THP melonjak naik 5 sen kepada 9.17% menjadikan jumlah pegangan keseluruhan bernilai RM525.89 juta.

Semoga penjelasan ini dapat memberi satu kefahaman jelas kepada para pembaca.