Pelan baik pulih pendidikan, Maszlee kemuka cadangan kepada kerajaan

Pelan

Pelan baik pulih pendidikan, Maszlee kemuka cadangan kepada kerajaan.Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik mengemukakan satu pelan cadangan kepada kerajaan untuk membaik pulih sistem pendidikan negara ketika dilanda pandemik COVID-19.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, penyata polisi yang bertajuk “Pendidikan dan Wabak COVID-19: Solusi Buat Rakyat Malaysia” merangkumi isu pendidikan yang timbul semasa wabak dan pembentangan pelan pemulihan jangka masa panjang untuk pendidikan.

“Ini merupakan hasil himpunan daripada ucapan saya di Dewan Rakyat, kenyataan media atas kapasiti individu dan bersama Pakatan Harapan, hasil libat urus, perbincangan dengan ahli akademik, pembuat polisi, dan mereka di lapangan. Ia dirumuskan dalam penyata polisi,” katanya melalui Facebook Live pada malam Selasa.

Melalui buku ringkasan polisi berkenaan, bagi bab pertama, sebanyak 14 isu utama ditimbulkan iaitu mukadimah, PdPR, Penutupan dan Pembukaan Sekolah, Lost Generation, Vaksin, TV Pendidikan, Radio Pendidikan, Insentif Guru, Kempen Membaca, Pendidikan Sebagai Proses Holistik Sewaktu Wabak Melanda, Alternatif Kepada Pemansuhan UPSR, Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan dan Pengajian Tinggi.

Pelan

Selain membangkitkan isu pendidikan ketika pandemik, bab satu itu turut menggariskan syor jalan keluar bagi semua masalah tersebut.

Dalam bab kedua pula, pembentangan pelan pemulihan jangka masa panjang untuk isu pendidikan mengemukakan solusi yang tuntas demi menghadapi dunia IR 4.0 yang lebih mencabar dan juga dunia pasca COVID-19 yang memerlukan pendekatan luar biasa dan bukan konvensional.

Sebanyak 12 isu dibawakan sebagai pelan cadangan jangkamasa panjang untuk Pendidikan: Laporan JKDPN, Model Sistem Pendidikan Baharu (New education Model), JK Dataraya, Program Sarapan Pagi, Pendidikan Kalis Masa Hadapan, Hyperscale Public Cloud Computing (Komputer Awan Awam Berskala) dan Pendidikan, Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan, Amalan Revolusi Perindustrian 4.0 Secara Imersif di Pendidikan Tinggi, Guru Berkemimpinan, Isu Integriti di IPT, Siswa Teknoperneur dan TVET 4.0 Pasca COVID-19.

Beliau juga telah menyerahkan buku cadangan polisi berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan akan turut menghadiahkannya kepada Menteri Pendidikan yang akan dilantik untuk dipertimbangkan.

“Ini hanya pelan tersedia untuk mereka, hanya laksanakan sahaja demi rakyat dan negara. Kita ketepikan politik dan kemasalahatan,” tambahnya.
Malah, beliau melihat cadangan polisi ini dianggap yang pertama di Malaysia untuk membolehkan kerajaan membaik pulih pendidikan semasa pandemik melanda negara dan dunia.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/maszlee-kemuka-pelan-cadangan-baik-pulih-pendidikan-kepada-kerajaan-315875

Baca: Panas !!! Kes harian Covid-19 Sabah bakal atasi Selangor?