Kehilangan seorang lelaki berusia 34 tahun yang baru bekerja selama 8 hari di sebuah kilang memproses sawit di Jenjarom, Banting, Selangor akhirnya terjawab.
Sebelum dia dilaporkan hilang, pekerja tersebut dikatakan telah keluar untuk berehat pada jam 1.00 petang dan kembali ke lokasi kerja sekitar jam 1.50 petang.
Hilang selepas rehat dan mahu sambung kerjaKemudian, rakan sekerjanya yang lain keluar untuk berehat pada jam 2.00 petang.
Namun, apabila mereka kembali sekitar 30 minit kemudian,
lelaki yang bekerja sebagai operator kilang itu tidak kelihatan. Mesin serat sawit juga masih beroperasi tanpa pengendalian sesiapa.
Mereka mula mencari lelaki tersebut tetapi tidak berjaya menemuinya.
Akhirnya serpihan baju, kasut, dan tulang manusia ditemui…Laporan polis dibuat pada jam 9.15 malam.
Setelah hampir 4 jam berlalu, mereka terkejut apabila menemukan serpihan tulang dan cebisan baju di atas timbunan serat sawit pada jam 5.57 petang. Serpihan tersebut didapati milik operator kilang yang hilang selepas waktu rehat sekitar jam 2.00 petang. Menurut siasatan polis, lelaki tersebut dipercayai terjatuh ke dalam mesin serat semasa mengendalikan operasi pemprosesan tandan sawit.
Polis mengklasifikasikan pemergiannya sebagai kematian mengejut.
Berdasarkan keadaan menyedihkan apabila cebisan tulangnya ditemui, tubuh lelaki tersebut telah ‘dikisar’ sepenuhnya semasa berada dalam mesin tersebut. Namun, hasil autopsi mengesahkan bahawa pemergian lelaki tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio