Pekerja kilang paling ramai positif Covid-19 dari sektor pekerjaan di Selangor

Kilang bukan punca

Sektor perkilangan merekodkan pekerja paling tinggi positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja bermula Julai lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kumpulan itu menyumbang 62 peratus daripada 53,571 pekerja yang dikenalpasti positif Covid-19.

Katanya, ini diikuti sektor perkhidmatan dengan 14.5 peratus, pembinaan (13.5 peratus) dan 10 peratus daripada sektor perdagangan.

Pekerja kilang paling ramai positif Covid-19 dari sektor pekerjaan di Selangor

“Kes-kes positif ini dikenal pasti menerusi saringan-saringan yang dijalankan oleh majikan masing-masing sebagai persediaan sebelum masuk ke tempat kerja.

“Selain itu, saringan kontak rapat kepada rakan kerja yang positif dan saringan kendiri pekerja itu sendiri di fasiliti-fasiliti kesihatan swasta,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) berhubung jumlah individu yang disyaki positif Covid-19 dalam sektor industri di Selangor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 237 daripada 2,457 premis telah diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ini merangkumi 129 ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 108 lagi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Arahan penutupan itu berkuatkuasa selama tujuh hari dan pemilik industri terlibat juga diberikan arahan kerja bagi melaksanakan penambahbaikan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/26/62-peratus-pekerja-kilang-positif-di-selangor/

BACA JUGA : Kakitangan sudah 100% divaksin, AirAsia sedia terbang semula