Pekebun Musang King lihat tindakan MCA lebih bermotif politik

Pekebun Musang King lihat tindakan MCA lebih bermotif politik

Pekebun Musang King lihat tindakan MCA lebih bermotif politik. Persatuan Anak Raub menolak sekeras-kerasnya tindakan MCA melantik Chong Sin Woon sebagai pengerusi jawatankuasa khas MCA mengenai isu tanah haram musang king di Raub.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Ahmad Ashraf Abd Aziz berkata, pelantikan jawatankuasa khas untuk selesaikan isu itu bagus tetapi mestilah melantik individu benar-benar layak dan bukannya berkaitan politik semata-mata.

“Persatuan Anak Raub berpendapat pelantikan Chong Sin Woon bukan sahaja tidak dapat mendatangkan apa-apa hasil yang positif, malah merasakan ia hanya satu gerakan bermotif politik dan mempunyai niat-niat yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Pekebun

Ashraf berkata, Chong juga tidak arif mengenai undang-undang tanah atau kanun tanah negara, dan bukan orang tempatan yang faham isu dan sejarah industri durian di Raub.

Beliau berkata, Persatuan Anak Raub akan terus merungkai gerakan-gerakan bawah tanah yang dikaitkan dengan kartel musang king, Chong dan Tengku Zulpuri dari DAP.

Beliau juga berkata, Chong sebelum ini dilihat lebih menyebelahi pekebun haram musang king dan gagal menghasilkan apa-apa perancangan atau tindakan selepas MCA menubuhkan Jawatankuasa Khas, juga mengenai tanah haram musang king pada Ogos tahun lepas.

“Malahan terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan, Chong telah mengadakan pertemuan dengan pekebun-pekebun durian haram, dan dilihat terlalu mesra dengan mereka. Chong Sin Woon juga komited ingin membantu pekebun-pekebun haram ini, memandangkan kumpulan ini (kartel kebun musang king haram) akan menyokong penuh Chong Sin Woon sebagai calon Parlimen Raub pada PRU15,” katanya.

Katanya, Persatuan Anak Raub komited menyokong usaha-usaha kerajaan Negeri untuk menghalau keluar pekebun-pekebun haram terutama di dalam hutan simpan kekal (HSK) negeri Pahang.

“Tindakan-tindakan mereka yang dilihat biadap dengan penjawat awam termasuk polis disifatkan sebagai melampaui batas,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/10/isu-kebun-musang-king-persatuan-anak-raub-tolak-tindakan-mca-lantik-chong/

Jaika Terlepas: Musang King : MCA akan cuba bantu nasib pekebun di Raub