Pejuang akan letak lebih ramai calon dalam PRU15

Pejuang akan letak lebih ramai calon dalam PRU15

Pejuang akan letak lebih ramai calon dalam PRU15. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan meletakkan calon dalam jumlah yang banyak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Parlimen Langkawi merupakan kawasan yang menjadi tumpuan Pejuang untuk bertanding pilihan raya umum itu.

Sementara itu, katanya, parti itu sedang mengenal pasti kawasan-kawasan lain yang bakal ditandingi nanti.

“Di mana yang kita (Pejuang) nampak (menang), kita boleh bertanding. Sekarang ini kita sedang kaji kawasan-kawasan yang kita boleh bertanding,” katanya.

Pejuang

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 di Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pulau Tuba di sini, hari itu.

Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pada program tersebut seramai 204 penduduk di pulau itu menerima suntikan vaksin dos kedua.

Penduduk tertua di pulau itu, Sepora Amin berusia 106 tahun juga turut menerima suntikan dos kedua itu.

Semalam, Mahathir mengesahkan parti tersebut secara rasmi telah didaftarkan sebagai parti politik.

Bagaimanapun, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan kekal bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen tersebut pada PRU-15 ini.

“Tak tau lagilah (bertanding PRU-15), pasal hari ini sihat, esok tak sihat, mana kita nak tahu.

“Walau bagaimanapun, apa juga yang saya boleh lakukan untuk tolong langkawi, saya akan buat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihak Pejuang akan bertanding pada PRU-15 untuk membantu rakyat sebab mereka yang memberi sokongan bukan kepentingan diri sendiri dan mahu menjadi wakil rakyat atau mendapat elaun.

“Kita nak bertanding kerana kita nak berkhidmat untuk rakyat, berkhidmat untuk negara, berkhidmat untuk agama,” ujarnya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2021/07/pejuang-letak-banyak-calon-hadapi-pru-15/

jika terlpas: Nama Umno tiada dalam kenyataan bersama PN