Peja ucap terima kasih kepada PM sebab dilantik Menteri belia dan sukan

kerajaan gagal

Peja ucap terima kasih kepada PM sebab dilantik Menteri belia dan sukan.Timbalan Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) berterima kasih di atas kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Menyifatkan pelantikan itu adalah amanah dan tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan sebaik mungkin, beliau percaya pelantikannya itu selepas Perdana Menteri melihat karakternya dan wujud keserasian.

“Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda di atas pelantikan ini juga terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Saya tak tahu bagaimana pandangan Perdana Menteri sehingga saya diamanah ke jawatan ini, cuma, tentunya Perdana Menteri nampak keserasian, karakter saya dengan golongan belia.

Peja

“Mungkin Perdana Menteri melihat saya boleh bawa golongan beliau, saya mudah selesa dan mudah didampingi, sesiapa pun boleh rapat dengan saya,” katanya mengulas pelantikan itu.

Memetik Utusan, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, beliau melihat Kementerian Belia dan Sukan adalah antara yang terpenting.

“Ini kerana apabila bercakap soal golongan belia, ia melibatkan masa depan negara. Selain saya akan memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk memperkasakan golongan belia, saya mahu fokus masalah graduan tidak bekerja dengan menyediakan peluang untuk mereka masuk dalam industri pekerjaan,” katanya.

“Saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti sukan kita di peringkat antarabangsa kerana kita terlalu mendambakan kejayaan dalam sukan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pm-mungkin-lihat-keserasian-saya-dengan-sukan-belia-kata-peja/

BACA: PM yakin barisan kabinetnya berpengalaman pulih ekonomi