Peguam pertikai persaraan Hamid Bador ketika negara sedang darurat

Peguam pertikai persaraan Hamid Bador ketika negara sedang darurat

Kita minta Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Kerajaan Malaysia berikan penjelasan mengapa berlakunya perlantikan Ketua Polis Negara yang baru sedangkan menurut s. 15 Akta Polis 1967 (Akta 344), jelas menyebut bahawa tiada seorang pun “PEGAWAI POLIS” boleh bersara semasa DARURAT masih berkuatkuasa;

Seksyen 2 Akta 344 mentafsirkan PEGAWAI POLIS sebagai “SESEORANG ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA”;

Seksyen 4 Akta 344 pula menyatakan bahawa, “Pasukan hendaklah di bawah perintah KETUA POLIS NEGARA yang adalah seorang PEGAWAI POLIS…”. Ertinya, jawatan KETUA POLIS NEGARA hanya boleh disandang oleh seseorang yang menjadi PEGAWAI POLIS sahaja. Ia tidak boleh dilantik dari kalangan orang politik atau sesiapapun selain dari seorang PEGAWAI POLIS;

Oleh itu, jelas bahawa perkataan PEGAWAI POLIS yang ada di dalam s. 15 Akta 344 tersebut turut merujuk kepada jawatan KETUA POLIS NEGARA yang menjadi ketua pasukan kepada Polis Diraja Malaysia.

Sekian.

#kitajagakita

MOHD FITRI ASMUNI
Pengerusi
Biro Undang-Undang (KANUN)
Pemuda AMANAH Nasional

Berita Penuh :https://perakinsights.com/2021/05/01/ketua-polis-tidak-boleh-bersama-semasa-darurat-kata-peguam/