Peguam pertikai jumlah kompaun RM50,000 dikenakan terhadap peniaga burger

Peguam pertikai jumlah kompaun RM50,000 dikenakan terhadap peniaga burger

Viral petang ini seorang peniaga burger di Kota Bharu yang meniaga di depan tangga rumah telah dikeluarkan notis kompaun bernilai RM50,000 atas alasan berniaga melebihi masa yang ditetapkan dalam waktu PKP.

Laporan berita mengatakan ini adalah kesalahan berulang di mana kali pertama dahulu telah dikeluarkan notis kompaun RM1,000.

Begini saja.

Pertama sekali yang perlu diambil tahu ialah peniaga tersebut berniaga atas nama persendirian atau syarikat atau pertubuhan. Jika persendirian, maka notis kompaun tersebut salah dan boleh terbatal kerana kadar kompaun RM50,000 itu adalah untuk pertubuhan atau syarikat. Bagi orang persendirian kadar maksimum hanya RM10,000.

Kedua, kadar kompaun jika diturunkan ke RM10,000 pun hanya nilai tawaran maksimum. Jumlah kompaun boleh diturunkan atas budi bicara kerana kompaun itu pun sekadar budi bicara bukan hukuman.

Ketiga, kalau aku ada di Kota Bharu, aku akan tawarkan khidmat guaman percuma kepada peniaga tersebut.

Jangan bayar, kita lawan.

Walau pun kita rakyat biasa yang tiada jawatan, pangkat dan darjat tapi darjat kita amat tinggi dan utama kepada keluarga kerana kitalah satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.

Sumber :