Peguam Negara sahkan pengumuman Umno tak jejas kerajaan sedia ada

Peguam Negara sahkan pengumuman Umno tak jejas kerajaan sedia ada

Peguam Negara sahkan pengumuman Umno tak jejas kerajaan sedia ada.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik,” memetik kenyataan yang dikeluarkan beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lewat malam tadi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/pm-jemaah-menteri-kekal-berfungsi-seperti-biasa-peguam-negara-307372

BACA JUGA : Terkini !!! Muhyiddin kekal Perdana Menteri, kata Peguam Negara