Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Abang Bas, menjelaskan bahawa anak guamnya tidak faham maksud sebenar perkataan tersebut.
Menurutnya, Abang Bas hanya melihat perkataan itu tular dan memutuskan untuk menggunakannya dalam kapsyen di TikTok miliknya.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, peguam tersebut menegaskan bahawa Abang Bas mendapat kritikan teruk
Dari warganet selepas menggunakan perkataan “crush” dalam video yang melibatkan pelajar sekolah rendah.
Beberapa netizen menganggap penggunaan perkataan “crush” itu tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
“Dia memang budak baik. Perkataan ‘crush’ tu saya tiru saja. Saya tak tahu pun ‘crush’ tu apa. Saya tengok orang lain tulis ‘crush’ dalam FYP, jadi saya pun tulis lah,” kongsi peguam tersebut.
Perkongsian peguam itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet, dan ada yang mempersoalkan sama ada pemuda berusia 24 tahun itu benar-benar tidak tahu maksud “crush” atau tidak.
Terdahulu, Abang Bas telah dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak RM40,000 di Mahkamah Muar pagi tadi, dengan bantuan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, yang juga dikenali sebagai Peguam Pencil Box.
Walaupun telah dibebaskan, ‘Abang Bas’ masih perlu mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat, iaitu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan, tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.