Pecahkan cermin kereta setelah anjing dilanggar, netizen sokong tindakan lelaki itu kerana…

Pecahkan cermin kereta setelah anjing dilanggar, netizen sokong tindakan lelaki itu kerana…Setiap pencinta haiwan pasti akan sedih lebih-lebih lagi jika haiwan peliharaan mereka mati. Namun, lebih kesal jika ada yang mati akibat dilanggar disebabkan kecuaian pemandu.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok memaparkan pemilik anjing bertindak memecahkan kereta pemandu selepas anjingnya mati dilanggar. Kejadian dipercayai berlaku di Taiping, Perak.

Menerusi video tersebut, pemilik anjing berkenaan yang membawa sebatang kayu memecahkan cermin kereta pemandu berkenaan menurut laman gulapop.

Diruangan komen, ada netizen berkongsikan kisah sebenar dimana anjing tersebut tidak dilepaskan tetapi sedang berjalan dipercayai bersama bapa kepada pemilik anjing memandangkan dapat dilihat anjing tersebut memakai tali dan mereka dilanggar oleh pemandu berkenaan.

Lebih mengundang kemarahan netizen, ada yang mendengar gadis yang merakam video tersebut mengatakan ‘its just a dead dog’.

Sementara itu, seorang netizen mengatakan pemandu tersebut cuba untuk lari selepas melanggar kerana tidak mahu bertanggungjawab di atas kemalangan berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah serta mengatakan di kawasan perumahan tidak boleh memandu laju.

Kata netizen lagi, memang patut lelaki tersebut mengamuk kerana jika mereka berada di tempat yang sama pasti akan bertindak sedemikian.

Pecahkan cermin kereta setelah anjing dilanggar, netizen sokong tindakan lelaki itu kerana...

BACA JUGA :

Ini nasib yang menimpa limosin terpanjang di dunia…

Pengeluaran Alza 2022 berwajah baharu ditangguhkan? Ini puncanya…

Dua bulan dikurung dalam rumah, kucing terpaksa makan kertas untuk hidup

CATEGORIES